Friday 8 May 2015

AKU SEDANG MENCUBA...

     Aku hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.aku manusia yang tidak sempurna.aku tidak sempurna seperti nabi muhammad.aku tidak setaqwa nabi ibrahim.aku tidak semulia seperti nabi ismail.aku juga tidak tampan seperti nabi yusuf.aku tidak setabah nabi ayub dan aku tidak segagah nabi allah nabi musa.aku adalah aku.seorang manusia yang tidak mewah hartanya,yang tidak menawan paras rupanya.yang tidak indah perilakunya.yang tidak tinggi ilmunya.

     Tetapi dengan ketidak sempurnaan itulah aku mencuba.sekurang kurangnya menjadi sempurna.walaupun hakikatnye aku tahu bahawa manusia itu tiada yang sempurna pun melainkan kekasihNya.segala kesalahanku,aku cuba buang dalam perjalanan masa yang aku lalui.segala dosa,aku cuba meminta keampunan tuhan.segala kekurangan,aku cuba perbetulkan.aku ni sedang mencuba.mencuba untuk perbetulkan semuanya.


     aku mohon bantulah aku,berilah aku kekuatan untuk menjalani hari2ku.berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku.supaya aku boleh jadi seorang hamba yang patuh kepada perintahNya.aku mohon padamu,.jangan memperkecilkan niatku.walau aku tahu,aku xsesempurna seperti yang lain.jangan menjatuhkan diriku.kerana aku xsetanding seperti yang lain.aku cuma meminta secebis semangat darimu supaya aku mampu meneruskan liku2 terindah mahupun terburuk dalam hidupku.aku cuma seorang manusia hina yang sedang mencuba.

     Tuhan,aku xperlu seorang yang sempurna pun untuk mendampingiku,cukup kau hadirkan padaku seseorang yang ingin menjadi pelengkap kekuranganku.cukup dia bisa menghargai aku apa adanya.cukup dia mampu membuatkan aku rasa ‘ada’ ,cukup dia boleh membuatkan aku tersenyum dan berasa beruntung memilikinya.cukup.

Rizal Dannial,
Cairo Egypt.

No comments:

Post a Comment