Wednesday 10 July 2013

Akademi Ikatan Muslimin...

MUQADDIMAH

Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keesahan dan kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009 ini STAM diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar .

Penubuhan Akademi Ikatan Muslimin Perak (AIM) http://aimstam.blogspot.com/ ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang telah didaftarkan dibawah Jabatan agama Islam Perak akan mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra universiti.Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman



OBJEKTIF

· Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang agama.
· Membekalkan sumber modal insan yang berketrampilan kepada bangsa dan Negara bagi memacu wawasan 2020.
· Memantapkan jatidiri pelajar bagi menghadapi cabaran globalisasi
· Melahirkan pelapis pemimpin masyarakat yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati.
· Meningkatkan kefahaman Islam dan menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

TEMPOH PENGAJIAN & PROMOSI
PROGRAM TAMBAHAN

1. Kelas STAM berjalan setahun bermula bulan Januari 2014 sehingga Disember 2014 untuk sesi pengajian 2014.
2. Bulan Disember 2014 ada program tambaha yang ditawarkan iaitu Kelas
Pengukuhan Bahasa dan Jatidiri Pendakwah.

MATAPELAJARAN DALAM PENGAJIAN

· S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
· S102 – Fiqh
· S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
· S104 – Tafsir dan Ulumuhu
· S105 – Hadith dan Mustolah
· S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
· S107 – Insya’ dan Mutalaah
· S108 – Adab dan Nusus
· S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
· S110 – Balaghah (kesusateraan)


AKTIVITI KO-KURIKULUM


Aktiviti ko-kurikulum adalah melibatkan aktiviti khidmat sosial , latihan kemahiran dakwah , program-program melibatkan perkhemahan yang akan disusun atur oleh pihak AIM dari semasa ke semasa. Aktiviti juga akan melibatkan program bersama badan - badan lain seperti Kelab Remaja ISMA (KRIM) , AMAN PALESTIN , PEMBINA dan lain - lain.

KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar yang sudah menduduki peperikaan SPM iaitu dalam lingkungan 18 – 22 tahun tahun. Ia terbuka kepada kelompok pelajar berkenaan di seluruh Malaysia.

PENGAMBILAN

70 Orang di kalangan pelajar-pelajar di kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM seluruh Malaysia.

SYARAT KEMASUKAN

1. Sudah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Mempunyai minat yang tinggi untuk mengikuti Sijil Tinggi Agama.
3. Mempunyai minat yang tinggi untuk mengambil Sijil Tinggi Agama


KEISTIMEWAAN AIM

1. Tenaga pengajar yang berpegalaman dalam mengendali pengajian dan peperiksaan STAM . Berkelulusan dari universiti Al-Azhar , Mesir.
2. Pengajian selama satu tahun .
3. Menyediakan khidmat nasihat ke IPTA/IPTS dalam dan luar negara
4. Pakaian pelajar –pelajar adalah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh AIM iaitu : Menutup aurat, kemas dan bersopan sebagai seorang pelajar muslim dan muslimat .
5. Sijil diiktiraf untuk permohonan ke universiti dalam dan luar negeri.

No comments:

Post a Comment