Thursday 11 July 2013

Apa Itu ISMA?Change Your Paradigm...

 Assalamualaikum w.b.t..

"ISMA? Nama orang ke?"

      Itulah yang biasa saya dengar apabila ingin bersembang tentang perkara berkaitan dengan tarbiyyah dan usrah. Mungkin ada dalam kalangan kita sudahpun tahu atau familiar dengan ISMA. Jadi, di kesempatan ini, saya ingin memberi sedikit info tentang apa itu sebenarnya ISMA.


     ISMA ialah akronim bagi Ikatan Muslimin Malaysia atau Malaysian Muslim Solidarity. ISMA merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

     ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.

Jadi, untuk maklumat yang lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman web rasmi ISMA, iaitu http://www.ismaweb.net/v4/

No comments:

Post a Comment