Sunday 31 July 2011

ucapan alu-aluan ana..

Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkan blog ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…

Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahid dalam hidup saya. Teristimewa buat kakanda nik nur afyqah,kakanda ain nasuha,kakanda fatimah al quswa,kakanda qurrotul ainaini dan xlupe juge kakanda atyqah,, kakaklah cerminan peribadi insan buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atas segalanya.


Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da’wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya.

Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yang dikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian.

Oleh sebab remaja sukakan bahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, saya lantas mengambil inisiatif untuk membina blog Islamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati.didalam blog ini juga,tidak semestinye islamic love story sahaja,sy juge akan cube selit2 kan nasihat,cerpen tentang kekeluargaan,teks ceramah atau LUAHAN HATI sye,dan ape2 saje yg bermanfaat untuk agame,hanya untuk MENCARI YANG MAHA SATU,itu yg kutuju.. Moga-moga ianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya.

Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya…
Taman Firdausi…di situlah destinasi cinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, blog ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.


                                                                                                               
     -muhammad rizal dannial b.zalani-

2 comments:

  1. bittaufiq wannajah ya akhi..ana akn sntiase ad blakang enta..insyaAllah..
    "DA'WATUKA DA'WATI AIDHON"

    ReplyDelete
  2. ameeennnn...syuqron akhi...ana sayang enta!!!!

    ReplyDelete