Tuesday 6 August 2013

-SEUTUS SURAT DARIKU-

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..

     Tangan ini mula menulis apa yang telah dirangkai oleh hati ini didalam kalbu.aku mulai tertanya2,adakah aku sudah seharusnya mencari sebahagian dari hidupku yang hilang.bukanlah niat ini disertai dengan nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari agamanya.

     acap kali aku mendengar perkataan `kau tercipta untukku’,aku awalnya kurang mengerti ap sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah.rahmat dan hidayah allah yang diberikan pada diriku,kini aku mengerti bahawa suatu hari nanti,aku haarus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku,iaitu dirimu.


     Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizik,spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.aku mengiginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan `sempurna’ dihadpanmu,walaupon hakikatnye masih banyak lagi kelemahan diri ini.Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dgn dirimu.aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting.kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang mengetahuinya.kerana dirimu adelah sbahagian dariku dan ianya adelah hak bgimu untuk mngetahui segala zahir dan batin diriku ini.


     Apabila diriku memakai kopiah,aku digelar ustaz.diriku diselubungi jubbah,aku digelar syeikh.lidahku mengajak manusia kepada ma`aruf,digelar dai`e.bukan itu yang aku pinta.kerana aku hanye mnghrpkn keredhoan allah.

     Yang aku takuti,diriku mula didekati oleh wanita kerana perwatakanku,baik yang indah berjilbab,atw ketat bertshrt,semuanya singgah disisiku.aku risau imanku akan lemah.diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.

Rasulullahs.a.wpernahbersabda :aku tidak meninggalkan setelahku fitnah bahaya untuk lelaki melainkan wanita.

     Aku khuwatir amalan ku bukan sepenuhnye untuk rabbku,tetapi untuk makhluknya.aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini.aku khuwatir kurangnya ikhlas dalam ibadaku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka.

     Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana cinta yang hak untuk dirimu pernah kucurahkan kepada wanita lain.aku sukar mencari dirimu kerana dirimu umpama permata bernilai diantara ribuan kaca yg menyilau.Tetapi aku pasti,jika namamu yang ditulis di luh mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta ini allah tanam dalam diri kita.

     Tugas pertamaku bukan mencari dirimu.tetapi mensolehkan diriku.sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak standing kesolehanmu.janji allah pastiku pegang dalam misi mencari dirimu,`wanita yang baik adelah untk laki2 yang baik’.

     Jiwa remajaku ini mula meracau mencari cinta.matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada disisi.setiap kali aku merasakannya,aku mengenangkan dirimu.disana engkau setia menunggu diriku,tetapi disini aku curang pada dirimu.

     Sampaikanlah doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diriku.bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu,cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita.

     Jika aku dipertemukan dengan dirimu,akan aku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya.akan kujadikan syara` sebagai pendinding diri kita.akan kujadikan akad nikah itu sebagai cop halal bg mendapatkan dirimu.

     Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. 

1 comment:

  1. Haiiii.. done follow sini no. 54
    Jom follow me back yea.. heee.. salam kenal yea..
    Hope pasni kita leh kunjung mengunjung yea..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete