Wednesday 17 July 2013

- Maahad Buuth Al-Azhar -

     "Maahad Buuth A-Azhar" disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.

     Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan" dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.



    Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).




Peringkat Pengajian

    Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).

    Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, 'Lompat Kelas'.

Sambung Pengajian

    Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi. Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

    Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

Matapelajaran

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah,

1) Fiqh
2) Tauhid
3) Hadis
4) Khat
5) Nahu
6) Sorof
7) Insya'
8) Tauhid
9) Sirah
10) Imla'
11) Tajwid
12) al Quran
13) Sains
14) Komputer
15) Matematik
16) Geografi
17) Sejarah
18) Bahasa Inggeris / Bahasa PerancisKelas

adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.\

Keistimewaan

Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,

Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.

Daftar Masuk

Pendaftaran masuk sangat mudah. anda boleh buat langkah berikut,


1. Setibanya di Mesir, pergi ke Pusat Imigresen "Mughamma' Jawazat" di Tahrir. Minta cop pengesahan ketibaan di Mesir (*biasanya 3 - 6 bulan).

2. Seterusnya, minta borang permohonan kemasukan Bu'uth di Pejabat Bu'uth "Mughamma' Bu'uth" di Rab'ah.

3. Selepas itu, minta surat beranak sementara Mesir serta borang pengesahan masuk ke Bu'uth di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), Abbasiyah.

4. Seterusnya, buat ujian darah "Tahlil Dam" di Hospital Hussein di Darrasah (*bersebelahan Uni. Al-Azhar).

5. Buat 2 salinan passport, borang permohonan kemasukan Bu'uth, cop pengesahan ketibaan di mesir, surat beranak sementara Mesir serta borang pengesahan masuk ke Bu'uth, hasil ujian Darah "Tahlil Dam". (*Bahagikan semua dokumen-dkumen tersebut kepada 2 file).

6. Akhir sekali, hantarkan kedua-dua fail tersebut ke Pejabat Bu'uth "Mughamma' Bu'uth" di Rab'ah & tunggu borang permohonan untuk diproses.


Anda juga boleh hubugi agen berikut,untuk urusan kemasukan ke maahad buuth ini --> sila (klik

sekian dari penulis,

No comments:

Post a Comment