tag:blogger.com,1999:blog-22048886391741582132024-02-07T11:59:39.676-08:00"Mencari Yang Maha Satu"BICARA SEORANG AZHARI MENEROBOS SEMPADAN HIDUP..RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.comBlogger14125tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-80034938969700796532015-05-08T15:19:00.001-07:002015-05-08T15:57:35.200-07:00AKU SEDANG MENCUBA...
Aku hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.aku manusia yang tidak sempurna.aku tidak sempurna seperti nabi muhammad.aku tidak setaqwa nabi ibrahim.aku tidak semulia seperti nabi ismail.aku juga tidak tampan seperti nabi yusuf.aku tidak setabah nabi ayub dan aku tidak segagah nabi allah nabi musa.aku adalah aku.seorang manusia yang tidak mewah hartanya,yang tidak menawan paras rupanya.yang tidak indah perilakunya.yang tidak tinggi ilmunya.
Tetapi dengan ketidak sempurnaan itulah aku mencuba.sekurang kurangnya menjadi sempurna.walaupun hakikatnye aku tahu bahawa manusia itu tiada yang sempurna pun melainkan kekasihNya.segala kesalahanku,aku cuba buang dalam perjalanan masa yang aku lalui.segala dosa,aku cuba meminta keampunan tuhan.segala kekurangan,aku cuba perbetulkan.aku ni sedang mencuba.mencuba untuk perbetulkan semuanya.
aku mohon bantulah aku,berilah aku kekuatan untuk menjalani hari2ku.berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku.supaya aku boleh jadi seorang hamba yang patuh kepada perintahNya.aku mohon padamu,.jangan memperkecilkan niatku.walau aku tahu,aku xsesempurna seperti yang lain.jangan menjatuhkan diriku.kerana aku xsetanding seperti yang lain.aku cuma meminta secebis semangat darimu supaya aku mampu meneruskan liku2 terindah mahupun terburuk dalam hidupku.aku cuma seorang manusia hina yang sedang mencuba.
Tuhan,aku xperlu seorang yang sempurna pun untuk mendampingiku,cukup kau hadirkan padaku seseorang yang ingin menjadi pelengkap kekuranganku.cukup dia bisa menghargai aku apa adanya.cukup dia mampu membuatkan aku rasa ‘ada’ ,cukup dia boleh membuatkan aku tersenyum dan berasa beruntung memilikinya.cukup.
Rizal Dannial,
Cairo Egypt.
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-66921221348165043862015-03-02T03:35:00.004-08:002015-03-02T04:47:07.583-08:00RINDU YANG TERAMAT
Andai kutahu rasanya begitu sakit saat mengingatmu..
Andai kutahu sesaknya dada ini saat mengenangmu..
Andai kutahu betapa pening kepalaku saat merindumu..
Tak ingin aku menjalani hubungan jauh dimata ini..
Kau tau..
Sungguh menyiksa..
Sangat meyesakkan..
Apakah kau merinduku sedemikian hebatnya juga?
Atau aku yang terhegeh2 pada dirimu?
Hei.. Siapa kau ha !!??
Kau dah meracuni otakku
Aku sengaja matikan hp.supaya tidak menggunakan aplikasi wassup itu untuk menghubungimu tiap2 hariku.aku tahu kau merasa bosan dengan pesanan2 ringkas yang setiap hari kutitipkan melalui wassup itu.
aku rasakan cinta yang kita bina selama 4tahun itu semakin hari semakin pudar.
tidak ada lagi sinar kebahagiaan.tidak ada lagi nikmat percintaan.
apakah punca semua ini terjadi?apakah semua ini berpunca dari aku?ataupun kau yang terlalu optimis dalam setiap tindakanmu?hmm..
maafkan aku sayang.aku terpaksa lakukan semua ini.dengan harapan.suatu hari nanti cinta dan rindu itu hadir kembali membahagiakan kita.
terkadang aku tidak mampu bersendirian.aku tersangat rindu padamu.aku hanya mampu menangis dalam diam bila terkenangkan dirimu.
percayalah sayang.aku amat mencintaimu dan merinduimu.walaupun aku banyak berbuat khilaf pada dirimu.kerna aku jugak seorang manusia.yang sering melakukan dosa dan kesilapan.maka kau maafkanlah aku.kumohon terimalah aku seadanya..
Rasa Menyesal?
Entahlah..
Kuharap ini bukanlah aib karena telah mencintaimu
Atau aku sedang khilaf hingga jatuh cinta padamu.
Aku mulai percaya jika cinta tak mengenal logika
Apakah engkau jodohku?
Terlalu payah untuk aku menyimpulkan
Tapi aku tak mampu berpaling darimu saat ini
Tuhan…
Aku bahagia jika jatuh cinta
Tapi aku tak ingin rasa rindu yang menyesakkan ini seolah2 membius tubuhku.
Harusnya aku sedar bahwa rindu ini adalah kerana akibat jarak yang terpisah.
Entah sampai bila.. Redah ajelaah..
*terserang penyakit rindu*
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-56013768791800748222015-03-01T04:09:00.002-08:002015-03-01T04:21:33.797-08:00CINTA BUKAN MILIK KITA
Sudah enam bulan berlalu.
Tak pernah ku duga.
Dia berdiri di hadapan mataku. Selama ini, dia cuma muncul di alam mimpi. Tapi, hari ini tidak lagi. Sedang menantiku di parkir tempatku bekerja. Aku baru saja habis lunch. Usai solat Zohor. Menerima sms ringkas darinya. Dah berbulan lamanya tidak ada sebarang khabar berita. Tiba-tiba, hari ini menjelma dengan tuannya sekali.
Katanya sudah di tempat kerjaku. Nak jumpa. Penting.
Aku sedikit gelisah. Namun, ku hayunkan jua langkahku mendekatinya. Hati sedikit berdebar. Belum sempat ku sapanya, ku lihat ada manik-manik air mata telah menitis di pipinya.
"Bawa aku lari...tolong... Kita nikah!"
Suaranya serak menahan sebak. Namun, mesejnya jelas.
Tergamam seketika. Aku terus mengajaknya masuk ke dalam kereta. Mesej bos, keluar seketika ada emergency. Ku hidupkan enjin kereta. Terus meluncur ke jalanan. Entah ke mana arah hendak dituju. Aku sendiri pun tak pasti.
Yang berada di sebelahku ini, statusnya bukan bujang. Tapi, isteri orang. Ya, bini orang. Milik orang lain. Ada suami. Dah kahwin. Makna yang sama. Wanita ini, yang dulunya pernah menjadi teman wanitaku. Aku teman lelaki terakhirnya sebelum dia bernikah.
Kenapa bukan aku yang jadi suaminya? Kenapa lelaki lain?
Alasan paling konkrit manusia selalu sebut. 'Bukan jodoh. Tak ada jodoh.' Namun, cerita di sebaliknya, cinta kami terhalang oleh keluarga. Bukan kerana aku tak baik. Bukan kerana dia tak baik. Tapi, kerana keluarganya merasakan ada yang lebih baik untuk anak mereka. Jika aku berada di tempat ibu dan bapanya sekalipun, pasti enggan melepaskan anak sendiri nikah dengan lelaki yang tiada jaminan hidup.
Aku hanya pekerja kontrak. Senang cerita, tidak berjawatan tetap. Betapa besarnya erti jawatan tetap dan berpencen pada mata ibu bapa zaman sekarang. Dulu pun. Jawatan tetap tu bukan tak mampu dapat, tapi perlukan lagi beberapa tahun. Makan masa sikit. Bukan tidak ada gaji. Tapi, gajiku tidaklah setaraf orang lain. Gaji yang cukup makan untuk orang bujang saja. Untuk hidup berkeluarga, tidak sesuai. Bagi aku, ada tapak untuk kerja itupun sudah cukup bersyukur.
Takdir menemukanku dengan gadis ini. Ku sangkakan dia orang biasa sepertiku.
Tapi, saat pertama kali ke rumahnya untuk bertemu orang tuanya, terkejut. Pagar rumah saja sudah melepasi kepalaku. Apatah lagi rumahnya yang seperti mahligai. Malahan, baru ku tahu dia anak tunggal perempuan. Darjat kami berbeza. Cara hidup berlainan. Status ibu bapaku dan ibu bapanya juga macam bumi dan langit. Ibu bapaku cuma orang kampung. Ibu bapanya kerja kerajaan, bergaji besar.
Pada mulanya, semua baik. Direstui keluarganya. Lalu, aku meminta tempoh. Supaya aku dapat bersedia, kumpul duit nikah. Malahan, ibu bapaku merasa tebal muka untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dalam keadaan aku tidak bersedia dari segi kewangan. Masakan mahu meminang anak dara orang dengan tangan kosong. Biasalah. Ibu bapa mana yang tidak mementingkan maruah. Semua orang fikir tentang maruah keluarga. Air muka yang perlu dijaga. Kaya dan miskin, sama saja.
Masa berlalu. Berbulan-bulan. Namun, tabunganku tetap juga tidak banyak. Hingga aku mula mengambil langkah berkira-kira untuk buat personal loan. Keluarganya mula mendesak, agar dihantar rombongan dengan segera. Kata mereka, ramai yang nak masuk meminang anak mereka. Aku mulai rasa tekanan yang hebat. Mana mahu cekup duit beribu-ribu dalam masa singkat? Hingga saatnya aku betul-betul down. Akhirnya, buntu jalan.
Tapi, apakan daya. Tuhan penentu segalanya.
Di saat aku kebuntuan, aku dikejutkan dengan berita yang memeritkan hati. Orang yang aku sayang ditunangkan dengan lelaki lain! Tanpa dimaklum sedikit pun padaku. Aku tahu-tahu, semua dah selesai. Aku tanya si dia, kenapa terima? Dia kata kerana aku lambat, banyak sangat alasan nak bawa rombongan datang segera. Mak ayah dia dah bising. Dia tertekan sama.
Kemuncaknya, mak dia sendiri contact. Marah aku. Jangan hubungi lagi anaknya. Kata bondanya, dah beri sejuta peluang, aku yang sia-siakan. Aku dan keluargaku yang salah. Semua kesalahan dicampakkan ke mukaku. Semua penyesalan dilontarkan kepadaku.
Akhirnya aku meniti hari-hari penuh luka hinggalah dia bernikah. Bukan orang lain, dengan saudara-maranya sendiri. Hancur hatiku.
Segala kenangan silam. Bagaikan baru berlaku semalam.
"Kau datang dengan apa ni?"
Aku memulakan perbualan.
"Naik teksi."
Huh. Dari KL ke Perak. Bukannya dekat.
"Apa dah jadi sebenarnya?"
Dia menangis-nangis.
"Aku tak boleh hidup dengan suami. Aku tak boleh! Aku dah cuba banyak kali, tapi hati ini. Hati ini sikit pun tak berjaya menyintai. Dari bulan pertama, sampailah semalam. Aku gaduh besar semalam. Dia marah aku. Dia marah sebab tak rasa pun aku cinta dia. Dah memang tak cinta, memanglah tak rasa. Aku tak mampu nak berpura-pura lagi. Tak boleh!
Aku boleh sayang dia sebagai suami, tapi tak boleh cinta. Sebab, cinta aku hanya untuk kau!"
Dia menoleh ke arahku. Dengan hamburan air mata.
Bagai tercabut jantungku. Dah lama tidak ku dengar ungkapan keramat tu. Dalam hati bercampur baur. Antara gembira dan sedih. Antara terluka dan teruja.
Ku pecut kereta. Entah destinasi ke mana. Dah pun keluar dari daerah tempat ku kerja. Fikiran tidak keruan seketika.
"Tapi, kau lupakah, kau sendiri yang terima risikan keluarganya? Lupakah, kau sendiri yang mengiyakan proses pertunangan? Lupakah, kau mengizinkan dan menerima sehingga hari akad nikah?
Kau lupakah, aku yang ketika itu sedang berusaha sedaya upaya untuk cari duit nikah kita, tapi terima perkhabaran kau sudah dipinang orang, sampai pergi melutut depan kau. Suruh terima aku kembali?
Kau lupakah, sedikit pun tidak kau bersungguh untuk fight back demi cinta kita? Padahal keputusan di tangan kau ketika itu. Kau yang nak kahwin, bukan keluarga kau!
Kau lupakah, aku yang dimarah dan dihina oleh keluarga kau sebab terhegeh-hegeh nak kau balik?!
Memang aku ada buat salah sampai kau berubah hati, tapi besar sangatkah salah tu sampai nak hukum aku seberat-beratnya? Hukum dengan penyesalan seumur hidup? Hukum dengan perpisahan selama-lamanya antara kita?"
Ah. Teruk. Aku berkata-kata spontan penuh emosi. Air mata mengalir sendiri. Sudah terlalu lama ianya membekam di hati. Marah dan geram bercampur baur.
Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Berhampiran dengan taman tasik. Tak dapat drive. Mata dah kabur diselangi air mata yang bergenang.
Aku dan dia sama-sama menangis.
Aku keluar dari kereta. Berjalan ke arah tasik. Dia menuruti langkahku. Bila betul-betul depan tasik, aku berhenti.
"Aku hantarkan kau balik ke rumah suami kau."
Dia menggelengkan kepalanya.
"Tak nak! Aku tak nak balik! Nak hidup dengan kau!"
Dia mencapai tanganku. Aku tergamam. Perlahan-lahan, ku tarik lembut tanganku dari genggamannya.
"Kisah kita..dah berakhir…"
Dia tersentak.
“Kau dah ada perempuan lain?!”
Aku menggeleng.
"Di saat kau terima pinangannya dulu, kau dah campak aku jauh-jauh dari hidup kau sampai bila-bila. Kau tahu tak, betapa sukarnya aku kena survive di kala kau berbahagia dengan hidup baru?
Di saat kau bergembira buat persiapan nikah, pilih baju nikah, tempah itu dan ini, aku pula melawan hati rabak sendirian. Selama tiga bulan, tiada satu hari pun berlalu tanpa air mata.
Aku cuba bangkit kembali, tapi demi Allah aku tidak kuat. Tapi kerana Allah, aku harus kuat. Apa yang aku buat, aku cari Dia. Selama kita bersama, aku alpa. Aku jauh dari Dia. Akhirnya, air mata ini tumpah jua di sejadah. Tak mampu tuturkan sepatah perkataan pun waktu berdoa. Sedih terlampau."
Dalam hati mengakui, andai Tuhan tiada di sisi, aku dah lama mati. Andai ku gadaikan agama ini, sudah lama iman ini mati. Pasti sudah lama aku bunuh diri. Kerana kecundang patah hati!
Tuhan mengambil sesuatu yang aku sayang, kerana Dia lebih tahu cerita masa depan. Dia lebih tahu, apa yang diriku tidak tahu. Dia cuba meluruskan diri ini kembali.
Ku lihat dirinya menangis dan menangis.
Tak lama di tasik, aku mengajaknya ke suatu tempat. Drive kembali dalam keadaan dirinya sugul dan isak tangis belum ada tanda mahu berhenti.
Sampai di satu perumahan. Berhenti betul-betul dalam pagar sebuah rumah kecil.
"Ni, rumah yang aku beli. Buat pinjaman bank. Yang aku cari untuk kita hidup bersama dulu."
Dia sedikit terkejut. Aku keluar dari kereta. Dia menurutiku. Ku buka pintu rumah yang berkunci. Biarkan saja ia terbuka.
“Jangan risau, aku tak masuk sama. Kau masuklah. Tengoklah sendiri. Aku tunggu di luar.”
Dia masuk rumahku itu dengan berhati-hati. Langkah saja, sudah terlihat namaku dan namanya disatukan dalam frame yang tergantung di ruang tamu. Hadiah-hadiah yang diberikannya dulu, kemas tersimpan di meja ruang tamu.
Melangkah ke bilik tidur. Di situ, telah siap katil pengantin. Tidak terusik. Namun, nampak seperti dikemaskan setiap hari. Memang aku kemaskan bila ada masa. Di dinding pula, tergantung sepasang baju tunang yang aku siapkan untuk diriku. Tidak ku pakai. Di meja sebelah katil, ada sebuah diari. Yang aku tuliskan untuknya selama aku bersamanya.
Dia membeleknya. Helaian demi helaian. Air matanya gugur lagi. Tak sangka. Setiap apa yang dia sebut, aku catatkan. Setiap bait katanya dulu, aku titipkan semula ke dalam diari. Setiap harapan, setiap impian, setiap mesej hatta perbualan dalam Whatsapp aku salinkan ke dalam diari. Sungguh. Diari itu adalah tempat aku curahkan segala perasaanku kepadanya. Cuma, tiada berkesempatan untuk diserahkan pada tuannya. Akhirnya, diari itu usang.
Di belakang kulit diari, ada sepasang cincin tersemat. Cincin murah saja. Untuk pertunangan kami kononnya dulu.
Dia berlari keluar ke arahku. Dengan titisan air mata di pipinya. Nampak seperti ingin memelukku. Lantas ku meminggir sedikit. Mengelak. Enggan.
“Aku minta maaf. Hanya rumah kecil ini yang aku mampu sediakan untuk kau dulu. Ini pun, tak lama lagi akan aku biarkan saja dilelong bank. Sebab, bila diingat dan dikenang, semua ni buat aku sedih.
Mari, aku hantarkan kau balik.”
Aku mengunci pintu rumah, berjalan semula ke kereta. Namun, ditahannya aku dari masuk kereta.
“Kau dengarlah dulu penjelasan aku. Please!”
Aku diam. Berpeluk tubuh.
Dalam hati, rapuh.
Aku lihat dia bersungguh-sungguh. Aku lihat dia masih cantik seperti dulu. Sayang, bukan milik aku.
“Siapa kata nikah kerana suruhan keluarga, aturan famili ni boleh bahagia? Mungkin ada yang bahagia, tapi tak semua! Ada saja yang tak bahagia.
Aku antaranya. Aku mangsanya!
Orang kata, nikah kerana taat kepada ibu bapa ni dapat restu keluarga. Berkat. Restu, restu dan restu. Itulah yang orang pandai cakap.
Tapi, hati ni. Hati ni tak restu dan tak reda pun! Kau faham tak?!
Meski jasad aku ini milik suami, sah milik dia, tapi hati aku bukan padanya. Pada kau!
Sekarang, aku tak nak dengar lagi tentang restu keluarga bagai semua tu. Tak nak! Aku dah lama bosan dengar semua tu. Memang, masa aku terima dia tu, aku pertimbangkan maruah keluarga. Aku pertimbangkan air muka orang tua aku dan orang tua suami aku. Aku tak nak malukan mereka. Aku takut. Aku takut!
Kau tolonglah faham. Aku cuma seorang perempuan yang lemah. Tanpa daya upaya untuk melawan kehendak orang tua!”
Aku terdiam lama.
Angin petang bertiup menerbangkan ekor-ekor rambutku. Lantas ku balas ringkas,
“Apa beza malu ketika itu dan malu ketika ini? Kalau kau lari kepada aku, lari dari suami kau, lari dari keluarga kau dan mentua kau…bukankah itu semua melibatkan maruah semua orang? Malah, sudah pasti, hubungan kau dan aku seandainya mahu disambung semula pun tidak akan direstui keluarga kau.”
Dia tertunduk. Hilang hujah.
“Kau nak jadikan aku watak antagonis lagi? Seperti dulu? Aku jadi watak jahat, watak ketiga yang hadir di antara kau dan tunang kau ketika itu?”
Dia tak dapat jawab. Menangis. Diam.
“Pulanglah padanya..”
Kali ni nada suaraku mulai mengendur. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku turutkan kehendaknya, larikan saja. Namun, suara imanku masih mahu bersuara.
“Mungkin hari ini kau tak cinta suami kau. Doalah. Moga suatu hari, mungkin setahun dua lagi, kau akan terasa cinta pada suami kau. Kau belum dapat baby, kau masih terasa bujang. Kau masih tak terasa hidup berkeluarga secara sempurna.
Nanti bila kau dah hamil, kau akan nampak pengorbanan dan kebaikan hati suami kau. Dia ada segalanya yang kau mahu dulu. Dia ada rupa, harta, darjat dan status. Kerjaya yang lumayan. Dialah yang jadi menantu kesayangan parents kau. Hanya dia. Dialah yang famili kau galaskan seluruh kepercayaan untuk jaga anak mereka.
Mereka tahu mereka takkan hidup lama. Ya, mak dan ayah kau. Mereka dah tua. Sekeras apa pun mereka, mereka tetap akan pergi jua suatu hari nanti. Mereka tahu mereka tak berdaya jaga kau selama-lamanya, sebab itu mereka nak orang yang boleh jaga anak mereka sama seperti jagaan mereka. Mereka letak harapan tinggi pada suami kau. Untuk jaga dan sayang kau sepenuh hati.
Bukankah itu yang suami kau tengah buat?
Hidup ini. Perlukan pengorbanan. Waktu sebelum kau kahwin, kau dah korbankan aku dan cinta kita. Sekarang, sekali lagi kau kena korbankan cinta kau pada aku. Aku juga begitu.
Berkorbanlah untuk suami dan keluarga kau.
Hidup ni terlalu singkat untuk menikmati. Lepaskanlah aku dari hati kau. Letakkan Tuhan dalam hati. Andai kau tak mampu menyintai sekalipun, lakukanlah kerana Dia. Berkat datangnya dari keikhlasan pada Allah. Restu itu dari Ilahi.
Bukannya keberkatan itu dengan taat membuta tuli pada arahan ibu bapa. Arahan ibu-bapa kadang-kadang tidak berlandaskan agama pun. Ikut emosi dan nafsu semata. Unsur paksa sepatutnya tiada pun dalam agama untuk sesuatu pernikahan. Namun, kau maafkanlah mereka. Mereka cuma nakkan yang terbaik.
Benda dah berlaku. Apa yang terjadi, biarkan terjadi.
Aku rela. Korbankanlah aku sekali lagi. Korbankan kasih aku untuk Allah.”
Lutut aku dah goyang. Jatuh terduduk depannya. Sukarnya meluahkan kata-kata yang aku sendiri pun tak suka. Tak rela. Air mata menitis laju membasahi pipi. Bodohnya aku. Dalam hati menjerit,
“Aku sayang kau sangat-sangat, bodoh!
Mungkin aku lelaki yang paling bongok dalam dunia ni, tapi part perasaan dekat kau, aku paling tulus!”
Saat yang sama hati mengakui,
"Mana bisa diikat kaca pada permata. Mana mungkin kasih berlantaikan hati kita..."
Dia menangis sama.
“Kalau aku ikut cakap kau, aku dapat apa?”
Aku cuba berdiri balik. Cuba ukir senyuman.
“Kau dapat masuk Syurga. Kaulah isteri solehah.
Suami kau bukan sezalim Firaun. Kau tak perlu jadi Asiah, tapi ambillah semangat Asiah untuk hidup bersama dengan suami. Setia sampai akhir bersama. Tidak pernah sekali pun dia tinggalkan Firaun. Itu suaminya. Seburuk-buruk manusia di muka bumi ini, tetaplah suaminya. Pernah dia merasa dan melalui saat-saat gembira bersama. Sekeras-keras Firaun, lembut hatinya untuk meraih Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat yang sama-sama disayangi. Saat dipaku Firaun hingga ajalnya, adalah sebagai seorang isteri yang setia.
Ingat, sematkan dalam hati. Tiada lelaki yang lebih baik dari suami kau. Hatta aku pun tidak boleh jadi sebaik suami kau. Tiada lelaki lain. Tiada.”
Aku menyuruhnya masuk ke dalam kereta. Hari dah lewat. Aku harus lekas menghantarnya pulang. Perjalanan bukannya sejam dua.
Dalam kereta. Kami banyak berdiam diri. Masing-masing memendam rasa. Setengah jam sebelum sampai ke rumahnya, dia bertanyakanku.
“Cinta kita ini bagaimana?”
Aku cuba senyum lagi.
“Cinta ini bukan milik kita. Milik Dia. Hati itu pun sama. Milik Dia. Serahkan balik cinta itu pada Allah.
Cinta pada aku ni, kau masukkanlah dalam botol, tutup kemas-kemas, campak saja ke laut. Jangan berpaling lagi.”
Dia tanya lagi,
“Kalau aku sedih juga?”
Aku senyum lagi.
“Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Allah lebih mengetahui segala. Perancangan Dia lebih dulu dari kita. Dia tahu bila dalam hati kau akan pudar rasa cinta. Dialah yang memudarkan rasa itu. Dia juga yang cambahkan rasa cinta kau pada suami kau nanti. Semuanya kerja Dia.
Hari ini mungkin kau berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Kau tersilap langkah sehingga buat keputusan terburu-buru seperti hari ini. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan takwa. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.
Permata kau adalah suami kau. Serpihan kaca adalah aku.”
Sampai ke destinasi. Aku menurunkannya jauh sedikit dari rumahnya. Besar rumahnya. Tak seperti rumahku.
Dia berlalu meninggalkan aku. Ucap salam terakhir padaku. Mungkin, kami tidak akan bertemu lagi sampai bila-bila. Ah. Bagiku, perpisahan yang sebenar bukanlah ketika di dunia. Bukan ketika manusia itu mati. Bukan juga ketika manusia itu dihidupkan kembali. Tetapi, perpisahan sebenar ketika dua manusia yang menyintai itu berpisah ke dua cabang. Seorang ke Syurga, seorang ke Neraka. Itulah perpisahan yang paling menyayat hati.
Dalam hati bagai tertusuk sembilu. Pedih gila.
Berlagak cool di luar tidak mampu menyembunyikan rasa sakit dalam hati. Soalan terakhir sebelum dia keluar kereta tadi,
“Bagaimana kau boleh jadi sangat tabah? Tanpa aku?”
Aku cuma tersenyum. Tak jawab soalan tu. Tabah aku kerana Tuhan. Rebah aku kerana aku.
Ku pecutkan kereta merentas lebuhraya. Sudah malam. Air mata berderaian. Lepaskannya kerana terpaksa.
Air mata yang bertakung menyulitkan pandangan mataku. Dadaku terasa sakit.
Entah bila, keretaku tergelincir ke lorong yang salah. Melawan arus kenderaan bertali arus. Hon kuat dibunyikan. Bunyi brek tahap maksima. Ku lihat cahaya lampu tinggi dipancarkan ke keretaku.
Silau...
karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-64513729188937962192015-02-15T02:21:00.000-08:002015-02-15T02:22:33.258-08:00KENAPA JUMUD??
Kenapa Jumud?
Sesekali membaca komen dalam laman sosial seperti facebook, tulisan dalam blog atau sembang dimana-mana jua memperlihatkan satu perkara yang amat nyata : ramai orang masih jumud fikirannya.
Apa yang dikatakan jumud ialah pandangan atau sikap yang stereotype dan tidak terbuka. Ini bermaksud bahawa ramai dikalangan kita yang masih belum terbuka pemikirannya dan terpengaruh oleh emosi atau taksub membuta tuli. Dengan yang demikian aliran fikiran menjadi tidak berkembang walaupun kita mempunyai pendedahan informasi dan pendidikan asas yang secukupnya.
Yang dikatakan jumud ialah kita tidak bersedia menerima sudut pandangan orang lain walaupun sudut pandangan itu baik. Kita juga tidak menghormati kehendak kepada perubahan hanya kerana perubahan itu akan menjejaskan kepentingan kita sendiri. Kita menjadi jumud dan tidak peka. Kita selesa dengan apa yang ada. Kita menjadi tunggul mati, menjadi kera sumbang.
Saya tidak hairan kalau yang berfikiran jumud itu orang kampung terpencil yang tidak terdedah kepada dunia siber atau jangkauan media perdana. Saya tidak rasa pelik kalau yang bersikap jumud itu hanya berpendidikan terlalu asas. Malangnya kalau mereka dari kalangan professional dan intelek turut jumud, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih malang kalau kalangan ahli politik kanan dan pentadbir turut dijangkiti penyakit jumud fikiran, jumud sikap. Kalau ini terus berlaku tentulah ianya sesuatu yang tidak baik kepada negara.
Sikap atau sifat jumud banyak berpunca dari diri sendiri. Kadang-kadang perasaan ego juga menyumbang kepada sifat jumud ini. Kita rasa kita saja yang betul, orang lain semuanya salah. Kita anggap fikiran atau pandangan kita saja yang utama sedangkan fikiran atau pandangan orang lain lekeh, tidak bagus. Sifat jumud sebenarnya dibajai oleh sifat dalaman kita sendiri. Kita enggan meraikan atau menimbang pendapat lain yang berbeza dari pandangan kita.
Nabi Muhammad s.a.w. walaupun mempunyai otoriti tertinggi sebagai Rasul dan pemerintah Madinah masih menghormati pandangan sahabat-sahabat Baginda dalam soal penting, misalnya soal strategi perang dalam peristiwa Perang Khandak. Dengan kedudukan yang begitu tinggi, dihormati dan dipatuhi Baginda meraikan pendapat sahabat-sahabat dalam banyak perkara. Baginda tidak jumud sikapnya. Baginda terbuka dalam hal yang tiada ketetapan yang jelas dari Allah.
Jadi siapalah kita berbanding Rasulullah. Jika tarikh kelahiran Nabi, nuzul qur'an dan ma'al hijrah boleh kita raikan, maka apakah sifat Nabi yang tidak jumud tidak mahu kita jadikan ikutan? Untungkah kita kalau berterusan jadi jumud, bersifat tertutup?
Bersifat terbuka dan tidak jumud bukan bermaksud membolehkan segala-galanya. Hidup kita bersendi adat, adat bersendi hukum, hukum bersendi kitabullah. Ertinya bukan semua perkara boleh kita terima begitu saja. Kalau perlakuan seks songsang hendak diketengahkan, kita boleh menjadi jumud. Biarlah orang hendak kata apa sekalipun, kita tidak boleh menerima sesuatu yang merosakkan masyarakat. Kita jumud bertempat.
Sebelum tidur malam ini elok juga kalau kita bertanya kepada diri sendiri : jumudkah aku ini?
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-81714995485431285002015-01-11T11:16:00.003-08:002015-01-23T07:12:04.176-08:00CABARAN DI BUMI AL-AZHAR..
Realiti tidak seindah imaginasi dan kehendak hati. Apa yang kita rancang akhirnya tetap jua Allah yang menentukan. Aku penuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif yang penuh misteri dan keajaiban, hari-hari yang dilalui penuh dengan suka dan duka, Al-Azhar dan bumi Mesir banyak mengajar aku erti sabar dan berdikari, erti usaha dan tawakkal, erti hidup pada berkongsi.
Suatu ketika dahulu aku antara mereka yang memandang sinis kepada mereka yang menuntut di Al-Azhar kerana ada diantara mereka yang bertahun-tahun, tetapi masih belum mampu untuk menghabiskan pengajian dalam waktu yang singkat, iaitu kebiasaan adalah 4 tahun. Namun, bila kaki ini nyata berpijak di bumi yang dikata dan dipandang sinis itu. Baru aku sedar realiti dan kepayahan serta cabaran belajar dibumi sumpahan ini.
Adat orang berusaha akan berjaya, namun teori dan adat itu tidak boleh diguna seratus peratus disini. Kerana sudah ramai yang merasai dan peritnya hakikat kegagalan walau telah berusaha sehabis daya. Yang gagal kerana malas itu memang patut dipersalahkan, tetapi jangan menghukum mereka yang gagal. Kerana rata-rata akan mengata gagal sebab malas dan tidak ke kuliah, hakikatnya qualiti yang Al-Azhar tetapkan terlalu tinggi.
Ditempat lain atau di universiti lain, mereka menggunakan sistem repeat paper, atau ulangan untuk menduduki peperiksaan semula bagi subjek yang gagal. Di Jordan, sistemnya hampir sama dengan di Malaysia iaitu menggunakan jam kredit dan kita boleh pilih subjek mana yang kita ingin ambil untuk setiap semester. Aku difahamkan jika di UIAM, pelajar boleh repeat sampai lulus subjek yang gagal, dengan syarat pointer tidak kurang daripada yang ditetapkan. Tetapi di Al-Azhar, setiap semester tidak ada pilihan, wajib ambil setiap subjek yang telah ditetapkan untuk setiap semester. Jika 12 subjek, maka 12 itulah yang perlu diambil, jika 16, itulah subjeknya, dan keputusan mestilah tidak gagal lebih daripada 2 subjek, jika minima 3 subjek daripada keseluruhan (minima biasanya 12 subjek) gagal, 3 subjek itulah yang akan ulang setahun akan datang. tidak ada repeat paper, yang ada hanya repeat year.
Walaupun kadangkala terasa peritnya, namun di akhirnya akan manis dan hebatnya tarbiyyah di bumi Al-Azhar. Belum lagi dengan cabaran-cabaran lain seperti kerenah birokrasi, bahasa, cuaca dan persekitaran disini. Namun, itulah nilai yang perlu dibayar untuk segudang ilmu yang ingin kita selami.
Apa yang dapat disimpulkan, bumi Mesir tidak akan pernah sama dan tidak akan ada di tempat lain. Baik dari segi sistemnya, suasana dan cabarannya. Hanya mereka yang pernah berada disini layak untuk berbicara tentangnya.
Assalamualaikum w.b.t.
Pertama dan selama2nya,maaf dipohon kerana
sudah lama meninggalkan blog ini bersendirian sunyi sepi tanpa penghuni dan
tanpa khabar mahupon berita sepatah pun.Sudah lama tidak menulis.ya,mmg betul
sudah lama tidak menulis.terasa kekok sikit nak mula menaip.he3.ingatkan dah
nak stop berkarya seorang diri dalam blog ni.tiba2 hari ni buatkan hati ni nak
menulis sesuatu.nak tawu apa dia???kenangan.yup.kenangan.semua gara2 kenangan
yang membuatkan jari ni rajin sgt dan laju pulak nak menaip.bnyk agaknye idea
malam2 ni.he3
Lumrah bagi semua manusia bilamana
berjauhan dengan keluarga mesti terbit rasa rindu.itu bukan manja namanya.tapi
lumrah manusia mmg diciptakan diselit perasaan begitu.jadi jangan salah anggap
ea.dah pesan awal2 tu.bukn manja.tp lumrah.he2.
Begitu juge org yg sedang menulis ni,tercampak
ke benua afrika merentasi lautan mediternean.jauh dari kluarga.duduk di tengah
masyarakat yg diri sendiri taktahu hati budinye.ntah baik entahke tidak.ape yang
nak dicoretkan,bahawa diri ini merindui mama n papa dimalaysia.harap2nya mereka
sentiasa bahagia dibawah lembayung rahmat allah s.w.t (T_T)
Teringat masa kecik2 dulu,nia degil.xdengar
kate.selalu buat papa mama tension.gaduh dengan adik mimi hari2.belajar
main2.ade ke tulis surat cinta masa umur 12 tahun.he3.xptot sungguh.nia ingat
lagi dulu,masa nia sekolah rendah dekat sk sngai krg.papa mama hantar nia g
sekolah,naik proton saga papa yg warna hitam,lampu sidemirror belakang belah
kanan pecah dh lme tak berganti2.sanggup ulang alik ke sekolah semata2 nak
hantar n jemput nia.nia ingat lagi,pernah mama papa jemput nia dari sekolah
dengan bjalan kaki je.kata papa kereta rosak time tu.mama bawak payung sbb
hujan.hmm.kesian mama papa.bnyk berkorban untuk nia.masa tu kita susah.tp papa
mama tetap cari duit supaya nia dengan adik mimi dapat bersekolah.habis sekolah
rendah.habis sekolah menengah,habis pengajian stam di perak.akhirnya,tamat
jugak alam persekolahan nia.cepatnya masa berlalu.(T_T).
Sekarang nia dah pon masuk alam
universiti,dah besar pon anak lelaki papa mama sorg ni.tak sangka kan.alhamdulillah,ade
rezeki lebih sikit,nia boleh sambung belajar kat luar Negara. (^_-) .tapi,nia
takkan pernah lupe,banyak yg nia belajar dari papa
mama.membaca.mengira.memasak.memancing.memukat.susun buku sekolah.belajar
dengan mama macam mana nak teruskan apa yang kita buat walaupon airmata kat
pipi mencurah2.macam2la papa mama ajarkan.hmm.tak terkira rasenye.nia rindu nak
gaduh dengan mama kat dapur,rindu nak teman mama lipat baju.rindu nak panggil papa
dari dapur bila lupe step nak memasak.rindu nak dengar mama bebel bile nia
salah buat itu ini.rindu nak peluk cium mama papa.hmm.(T_T).
Mama papa,terimakasih sbb sabar besarkan
nia.terimakasih sbb bnyk ajar nia erti hidup.terimakasih sebb jadi penguat nia.terimakasih
sbb selalu risaukan nia.terimakasih sbb sayangkan nia.terimakasih sbb bankin
duit kt nia setiap buln.he3.yg paling utama,terimakasih sbb sntiasa ada dngn
nia masa nia tersungkur jatuh giveup xbsemangat.terimakasih untuk semuanya.jgn
lupe doakan nia Berjaya dunia akhirat.nia rindu mama dan papa.(T_T).
-Anakmu Diperantauan,Muhd Rizal Dannial bin
Zalani-
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-23869418863543057532013-08-06T02:21:00.001-07:002013-08-06T03:01:58.747-07:00-SEUTUS SURAT DARIKU-Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dirangkai oleh hati ini didalam kalbu.aku mulai tertanya2,adakah aku sudah seharusnya mencari sebahagian dari hidupku yang hilang.bukanlah niat ini disertai dengan nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari agamanya.
acap kali aku mendengar perkataan `kau tercipta untukku’,aku awalnya kurang mengerti ap sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah.rahmat dan hidayah allah yang diberikan pada diriku,kini aku mengerti bahawa suatu hari nanti,aku haarus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku,iaitu dirimu.
Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizik,spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.aku mengiginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan `sempurna’ dihadpanmu,walaupon hakikatnye masih banyak lagi kelemahan diri ini.Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dgn dirimu.aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting.kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang mengetahuinya.kerana dirimu adelah sbahagian dariku dan ianya adelah hak bgimu untuk mngetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah,aku digelar ustaz.diriku diselubungi jubbah,aku digelar syeikh.lidahku mengajak manusia kepada ma`aruf,digelar dai`e.bukan itu yang aku pinta.kerana aku hanye mnghrpkn keredhoan allah.
Yang aku takuti,diriku mula didekati oleh wanita kerana perwatakanku,baik yang indah berjilbab,atw ketat bertshrt,semuanya singgah disisiku.aku risau imanku akan lemah.diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.
Rasulullahs.a.wpernahbersabda :aku tidak meninggalkan setelahku fitnah bahaya untuk lelaki melainkan wanita.
Aku khuwatir amalan ku bukan sepenuhnye untuk rabbku,tetapi untuk makhluknya.aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini.aku khuwatir kurangnya ikhlas dalam ibadaku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana cinta yang hak untuk dirimu pernah kucurahkan kepada wanita lain.aku sukar mencari dirimu kerana dirimu umpama permata bernilai diantara ribuan kaca yg menyilau.Tetapi aku pasti,jika namamu yang ditulis di luh mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta ini allah tanam dalam diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu.tetapi mensolehkan diriku.sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak standing kesolehanmu.janji allah pastiku pegang dalam misi mencari dirimu,`wanita yang baik adelah untk laki2 yang baik’.
Jiwa remajaku ini mula meracau mencari cinta.matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada disisi.setiap kali aku merasakannya,aku mengenangkan dirimu.disana engkau setia menunggu diriku,tetapi disini aku curang pada dirimu.
Sampaikanlah doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diriku.bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu,cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita.
Jika aku dipertemukan dengan dirimu,akan aku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya.akan kujadikan syara` sebagai pendinding diri kita.akan kujadikan akad nikah itu sebagai cop halal bg mendapatkan dirimu.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-69302238590063039052013-07-23T22:45:00.000-07:002013-07-23T22:47:02.415-07:00-RINTIHAN MUSLIMAT SYRIA-
P/S : Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.
Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.
Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.
Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.
Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.
Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.
Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.
BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!
daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.
**SUMBER DARI FACEBOOK**
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-51612464902371628632013-07-17T06:24:00.002-07:002013-07-17T06:24:22.493-07:00-9 RAMADHAN 1434 HIJRAH-
Assalamualaikum dan salam sejahtera,,
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam,
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-42638379827716665252013-07-17T06:23:00.002-07:002013-07-17T06:25:16.851-07:00- Maahad Buuth Al-Azhar -
"Maahad Buuth A-Azhar" disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.
Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan" dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.
Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).
Peringkat Pengajian
Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).
Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, 'Lompat Kelas'.
Sambung Pengajian
Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi. Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.
Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.
Matapelajaran
Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah,
1) Fiqh
2) Tauhid
3) Hadis
4) Khat
5) Nahu
6) Sorof
7) Insya'
8) Tauhid
9) Sirah
10) Imla'
11) Tajwid
12) al Quran
13) Sains
14) Komputer
15) Matematik
16) Geografi
17) Sejarah
18) Bahasa Inggeris / Bahasa PerancisKelas
adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.\
Keistimewaan
Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,
Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.
Daftar Masuk
Pendaftaran masuk sangat mudah. anda boleh buat langkah berikut,
1. Setibanya di Mesir, pergi ke Pusat Imigresen "Mughamma' Jawazat" di Tahrir. Minta cop pengesahan ketibaan di Mesir (*biasanya 3 - 6 bulan).
2. Seterusnya, minta borang permohonan kemasukan Bu'uth di Pejabat Bu'uth "Mughamma' Bu'uth" di Rab'ah.
3. Selepas itu, minta surat beranak sementara Mesir serta borang pengesahan masuk ke Bu'uth di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), Abbasiyah.
4. Seterusnya, buat ujian darah "Tahlil Dam" di Hospital Hussein di Darrasah (*bersebelahan Uni. Al-Azhar).
5. Buat 2 salinan passport, borang permohonan kemasukan Bu'uth, cop pengesahan ketibaan di mesir, surat beranak sementara Mesir serta borang pengesahan masuk ke Bu'uth, hasil ujian Darah "Tahlil Dam". (*Bahagikan semua dokumen-dkumen tersebut kepada 2 file).
6. Akhir sekali, hantarkan kedua-dua fail tersebut ke Pejabat Bu'uth "Mughamma' Bu'uth" di Rab'ah & tunggu borang permohonan untuk diproses.
Anda juga boleh hubugi agen berikut,untuk urusan kemasukan ke maahad buuth ini --> sila (klik)
sekian dari penulis,
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-16993573714565102472013-07-11T21:20:00.004-07:002013-07-11T21:24:01.986-07:00 .::: 7 SERUAN ISMA :::.
.::: 7 SERUAN ISMA :::.
1. Bersatu mempertahankan teras Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam, Melayu dan institusi Raja yang semakin terancam
2. Bersepakat untuk melaksanakan Islam dalam sistem pemerintahan bersesuaian dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Negara.
3. Memperkasakan keperibadian Islam dan bangkit berusaha menjadi umat yang kuat untuk memimpin perjuangan Islam.
4. Mempertahankan identiti kebangsaan Malaysia yang berteraskan kepada Islam, bahasa Melayu dan adat Melayu.
5. MEMASTIKAN kekuasaan politik umat Islam tidak terancam.
6. Menolak sebarang bentuk perancangan musuh untuk menghancurkan jatidiri umat Islam, yang bertopeng di sebalik seruan kebebasan, kesamarataan dan hak asasi manusia.
7.Menolak pertelingkahan politik kepartian sempit yang membawa kepada perpecahan sehingga bangsa Melayu kini menjadi mangsa percaturan musuh yang mengakibatkan kepentingan umat tergadai.
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-24097639287195894232013-07-11T21:00:00.000-07:002013-07-11T21:25:39.666-07:00Apa Itu ISMA?Change Your Paradigm...
Assalamualaikum w.b.t..
"ISMA? Nama orang ke?"
Itulah yang biasa saya dengar apabila ingin bersembang tentang perkara berkaitan dengan tarbiyyah dan usrah. Mungkin ada dalam kalangan kita sudahpun tahu atau familiar dengan ISMA. Jadi, di kesempatan ini, saya ingin memberi sedikit info tentang apa itu sebenarnya ISMA.
ISMA ialah akronim bagi Ikatan Muslimin Malaysia atau Malaysian Muslim Solidarity. ISMA merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!
ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.
Jadi, untuk maklumat yang lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman web rasmi ISMA, iaitu http://www.ismaweb.net/v4/
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-10080465440608069272013-07-10T09:55:00.002-07:002013-07-11T21:53:18.725-07:00Akademi Ikatan Muslimin...
MUQADDIMAH
Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keesahan dan kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009 ini STAM diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar .
Penubuhan Akademi Ikatan Muslimin Perak (AIM) http://aimstam.blogspot.com/ ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang telah didaftarkan dibawah Jabatan agama Islam Perak akan mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra universiti.Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman
OBJEKTIF
· Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang agama.
· Membekalkan sumber modal insan yang berketrampilan kepada bangsa dan Negara bagi memacu wawasan 2020.
· Memantapkan jatidiri pelajar bagi menghadapi cabaran globalisasi
· Melahirkan pelapis pemimpin masyarakat yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati.
· Meningkatkan kefahaman Islam dan menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
TEMPOH PENGAJIAN & PROMOSI
PROGRAM TAMBAHAN
1. Kelas STAM berjalan setahun bermula bulan Januari 2014 sehingga Disember 2014 untuk sesi pengajian 2014.
2. Bulan Disember 2014 ada program tambaha yang ditawarkan iaitu Kelas
Pengukuhan Bahasa dan Jatidiri Pendakwah.
MATAPELAJARAN DALAM PENGAJIAN
· S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
· S102 – Fiqh
· S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
· S104 – Tafsir dan Ulumuhu
· S105 – Hadith dan Mustolah
· S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
· S107 – Insya’ dan Mutalaah
· S108 – Adab dan Nusus
· S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
· S110 – Balaghah (kesusateraan)
AKTIVITI KO-KURIKULUM
Aktiviti ko-kurikulum adalah melibatkan aktiviti khidmat sosial , latihan kemahiran dakwah , program-program melibatkan perkhemahan yang akan disusun atur oleh pihak AIM dari semasa ke semasa. Aktiviti juga akan melibatkan program bersama badan - badan lain seperti Kelab Remaja ISMA (KRIM) , AMAN PALESTIN , PEMBINA dan lain - lain.
KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar yang sudah menduduki peperikaan SPM iaitu dalam lingkungan 18 – 22 tahun tahun. Ia terbuka kepada kelompok pelajar berkenaan di seluruh Malaysia.
PENGAMBILAN
70 Orang di kalangan pelajar-pelajar di kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM seluruh Malaysia.
SYARAT KEMASUKAN
1. Sudah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Mempunyai minat yang tinggi untuk mengikuti Sijil Tinggi Agama.
3. Mempunyai minat yang tinggi untuk mengambil Sijil Tinggi Agama
KEISTIMEWAAN AIM
1. Tenaga pengajar yang berpegalaman dalam mengendali pengajian dan peperiksaan STAM . Berkelulusan dari universiti Al-Azhar , Mesir.
2. Pengajian selama satu tahun .
3. Menyediakan khidmat nasihat ke IPTA/IPTS dalam dan luar negara
4. Pakaian pelajar –pelajar adalah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh AIM iaitu : Menutup aurat, kemas dan bersopan sebagai seorang pelajar muslim dan muslimat .
5. Sijil diiktiraf untuk permohonan ke universiti dalam dan luar negeri.
<o:p></o:p>
RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2204888639174158213.post-90033661682475857832011-07-31T00:20:00.000-07:002013-07-11T21:21:54.386-07:00ucapan alu-aluan ana..Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkan blog ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…
Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahid dalam hidup saya. Teristimewa buat kakanda nik nur afyqah,kakanda ain nasuha,kakanda fatimah al quswa,kakanda qurrotul ainaini dan xlupe juge kakanda atyqah,, kakaklah cerminan peribadi insan buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atas segalanya.
Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da’wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya.
Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yang dikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian.
Oleh sebab remaja sukakan bahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, saya lantas mengambil inisiatif untuk membina blog Islamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati.didalam blog ini juga,tidak semestinye islamic love story sahaja,sy juge akan cube selit2 kan nasihat,cerpen tentang kekeluargaan,teks ceramah atau LUAHAN HATI sye,dan ape2 saje yg bermanfaat untuk agame,hanya untuk MENCARI YANG MAHA SATU,itu yg kutuju.. Moga-moga ianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya.
Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya…
Taman Firdausi…di situlah destinasi cinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, blog ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.
-muhammad rizal dannial b.zalani-RIZAL DANNIALhttp://www.blogger.com/profile/13896956576653814279noreply@blogger.com2